Direktori homestay seluruh negara untuk dikongsi. Sila hubungi kami untuk promosikan homestay kepunyaan anda atau pengalaman anda sendiri.

Tuesday, February 22, 2011

Selangor : Homestay Banghuris


Mengkhususkan diri dalam agro-pelancongan, homestay Banghuris menawarkan lawatan ke ladang getah dan kelapa sawit, dan kebun buah.

Anda boleh mencuba untuk menoreh getah atau mengait buah kelapa sawit. Memetik buah-buahan tempatan anda sendiri, dan menanam pokok buah dengan nama anda sebagai tanda ingatan. Anda juga boleh memancing dengan tenang di kolam yang disediakan.

Banghuris juga terkenal dengan industri makanannya, jadi pastikan anda merasa pelbagai jenis makanan tradisional dan moden buatan penduduk atau anda boleh sama-sama menghasilkan sendiri kuih-muih, aneka kerepek dan lain-lain.

Pakej yang ditawarkan:
·                     Melawat ladang getah, kelapa sawit dan kebun buahan
·                     Melawat aktiviti pertanian dan perusahaan di Pusat Banghuris atau memancing ikan air tawar
·                     Menanam sendiri pokok buahan dan pokok tersebut akan diletak nama penanamnya.
·                     Tarian tradisi seperti cempuling dan alunan muzik tradisional tempatan
·                     Penginapan dan makan minum sepanjang menginap di sana

Lokasi:
Perjalanan dari KLIA memakan masa kurang dari setengah jam. Anda akan melewati kawasan litar Sepang Formula 1, ladang getah dan kelapa sawit, pekan kecil dan desa.

Anda boleh menaiki teksi atau menghubungi tuan punya homestay untk perbincangan lanjut.

Garis Panduan Homestay

Pengenalan:
Konsep Program Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong di dalam industri plancongan negara. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Program ini adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti 'bed & breakfast' di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa.


Cara Pelaksanaan:
~ Penyertaan di dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang tetap.
~ Takrif rumah kediaman di dalam konteks ini ialah rumah atau tempat tinggal yang sesuai seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat di dalam perenggan D.
~ Bagi memastikan kejayaan program ini, semua peserta yang terlibat adalah dikehendaki:

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL); dan
  • Berurusan dengan agensi pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan, pengangkutan dan hal-hal yang melibatkan pakej lawatan.
~ Agensi pelancongan yang turut serta hendaklah memberi khidmat yang sesuai termasuk membuat tempahan, menyediakan pengangkutan, membuat promosi di dalam dan luar negeri dan lain-lain perkhidmatan yang perlu.
~ KPL akan membantu dalam pengedaran 'brochures' yang mengandungi maklumat peserta kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Cara Memohon:
Semua permohonan untuk berdaftar hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Program Homestay - Borang KPL/HP 1.
Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Program Homestay
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan
Kementerian Pelancongan Malaysia
Tingkat 21, Menara Dato' Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra
45, Jalan Tun Ismail
50694 Kuala Lumpur

Tel : 03-2696 3970
Faks : 03-2693 7451  

atau melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) yang berkenaan.


Sila rujuk link ini untuk keterangan lanjut berkenaan syarat dan peraturan Homestay.
http://www.motour.gov.my/bm/component/content/article/36-tourismprog/238-gphomestay.html

Salam Pembuka Kata

Selamat datang ke blog ini.


blog ini diusahakan untuk mempromosi dan memberi panduan dan bantuan untuk pencari tempat tinggal sementara samada untuk bercuti atau acara-acar lain.


Ramai orang memilih homestay sebagai pilihan utama kerana kosnya murah, kemudahan yang sempurna dan lebih privacy.


Sila pilih TAB mengikut negeri-negeri supaya senang untuk memilih.
Anda dinasihatkan membuat tempahan awal ya.


Semoga anda semua dapat homestay yang sesuai untuk anda seisi keluarga.

p/s : kepada anda yang tahu maklumat homestay di kawasan anda atau anda pernah menetap di mana-mana homestay, boleh salurkan maklumat di sini. Pihak kami amat mengalu-alukannya.