Direktori homestay seluruh negara untuk dikongsi. Sila hubungi kami untuk promosikan homestay kepunyaan anda atau pengalaman anda sendiri.

Tuesday, February 22, 2011

Garis Panduan Homestay

Pengenalan:
Konsep Program Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong di dalam industri plancongan negara. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Program ini adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti 'bed & breakfast' di mana tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa.


Cara Pelaksanaan:
~ Penyertaan di dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekeluarga dan tinggal di suatu kediaman rumah yang tetap.
~ Takrif rumah kediaman di dalam konteks ini ialah rumah atau tempat tinggal yang sesuai seperti yang dinyatakan di dalam syarat-syarat di dalam perenggan D.
~ Bagi memastikan kejayaan program ini, semua peserta yang terlibat adalah dikehendaki:

  • Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL); dan
  • Berurusan dengan agensi pelancongan yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan harga, makanan, pengangkutan dan hal-hal yang melibatkan pakej lawatan.
~ Agensi pelancongan yang turut serta hendaklah memberi khidmat yang sesuai termasuk membuat tempahan, menyediakan pengangkutan, membuat promosi di dalam dan luar negeri dan lain-lain perkhidmatan yang perlu.
~ KPL akan membantu dalam pengedaran 'brochures' yang mengandungi maklumat peserta kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Cara Memohon:
Semua permohonan untuk berdaftar hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan Program Homestay - Borang KPL/HP 1.
Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Program Homestay
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan
Kementerian Pelancongan Malaysia
Tingkat 21, Menara Dato' Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra
45, Jalan Tun Ismail
50694 Kuala Lumpur

Tel : 03-2696 3970
Faks : 03-2693 7451  

atau melalui Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) yang berkenaan.


Sila rujuk link ini untuk keterangan lanjut berkenaan syarat dan peraturan Homestay.
http://www.motour.gov.my/bm/component/content/article/36-tourismprog/238-gphomestay.html

No comments:

Post a Comment